"Semua Yang Perlu Diketahui Tentang Pemakanan Pesakit Buah Pinggang"
Sebahagian besar isi kandungan yang saya kumpulkan dalam buku ini adalah nota kuliah yang saya ikuti daripada Renal Dietitian Jen Hernandez sejak tahun 2021. Saya olah dan sesuaikan dengan pendekatan Whole Foods Plant-Based dan falsafah pemakanan yang mengutamakan apa yang Allah ciptakan (God’s Made) berbanding apa yang dibuat oleh manusia (Man’s Made). Saya percaya, kembali kepada fitrah adalah kunci kepada kesihatan tubuh dan jiwa.
Buku ini ditulis untuk membuka ruang pemikiran bahawa tubuh manusia sebenarnya mempunyai kemampuan untuk pulih apabila diberikan persekitaran yang betul. Pendekatan semula jadi, pendidikan kesihatan, disiplin diri dan perubahan gaya hidup yang konsisten memainkan peranan besar dalam proses pemulihan
Kesihatan bukan sesuatu yang boleh dibeli dalam bentuk ubat, suplemen atau mesin semata-mata. Ia adalah hasil daripada sistem kehidupan yang berfungsi dengan betul.
Buku ini mengajar kita tentang rukun-rukun sihat badan yang telah kita warisi dari datuk nenek kita zaman berzaman