Tahniah Idzwan Senyuman OKU (No. Ahli PUSGM 10018)
Perjuangan anda selama hampir 4 tahun ini benar-benar berbaloi. Anda telah jatuh berkali-kali, namun setiap kali itu juga anda bangkit semula dan meneruskan perjalanan dengan penuh ketabahan.
Daripada bacaan kreatinin sekitar 1500, kini berjaya mencapai 109. Satu pencapaian yang bukan sekadar angka, tetapi lambang kesungguhan, disiplin, harapan dan keyakinan yang tidak pernah padam.
Kisah anda membuktikan bahawa keterbatasan bukan penghalang untuk terus berjuang. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada ramai insan di luar sana yang sedang melalui ujian yang sama.
Standing in the eyes of the world. Terus melangkah, terus memberi harapan.
Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesihatan, kekuatan dan keberkatan dalam setiap langkah perjuangan anda.
Sekali lagi Persatuan Ukhuwah Sihat Ginjal Malaysia. mengucapkan TAHNIAH!.
Semoga kejayaan Idzwan menjadi inspirasi kepada kita semua untuk lebih sabar, lebih disiplin, lebih gigih belajar, belajar dan belajar.